Pihak 402 Gallery dengan penuh rasa bangga,riak dan takbur(tuuuh,masyaallah)mempersembahkan sebuah karya yang tidak seberapa elok dan mengarut hasil karya seekor pengarang(nama dan alamat di rahsiakan)
PERINGATAN!!!-Bimbingan orang yang dah baligh agak diperlukan untuk membaca cite nie.AMARAN!!-Cite ini di reka adalah sesungguhnya untuk hiburan .Cite ini adalah diingatkan bahwa cite ini tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang hidup lagi(kalau hidup)ataupun yang agak dah mamppiuih.JIka terdapat persamaan dari segi jalan cerita atau karektornya mahupun lokasinya,ia sebenarnya adalah disengajakan(maksudnya tidak).Oleh itu,pihak 402 gallery tidak akan bertanggungjawab jika ada kaitan .Harap pak hang maklum.Sekali lagi pa “harap mang hang ka pak hang ka maklum”Bahasa yang digunakan dalam karya nie adalah mengarut dan mencarut .Atas nasihat Dr Bean@Asam(sila rujuk artikel tentang geng-geng 402-401)anda agak dinasihati supaya tidak sesekali mahupun dua kali mengambil pusing dialek bahasa yang digunakan.Ini bertujuan supaya bahasa yang digunakan ini tidak mencemari akal fikiran anda,takut anda dihantar ke hospital Tanjung Durian(sebelah Tanjung Rambutan)
Masa berengsot perlahan-lahan dalam alunan manja pancutan air dan buih sabun ketika Hadi membasuh kereta seorang lelaki tua yang ditumbuhi semak-samun.Pandangan matanya menjangkau jauh,meneliti gerak-gerayu setiap kotoran di kawasan kereta itu .Kesak –kesit kotoran seakan-akan membisikan sesuatu.Padanya kian berat .Perasaannya kian kuat berkocak hingga kemuncak dan terus rancak.
Kabus air sabun yang’sujuk' menguncup jiwa Hadi hingga menusuk ke kalbu yang dihujani titisan air sabun sejak kereta lelaki tua di hadapannya itu mula bersih.Hadi menyandarkan tubuhnya pada sebuah kereta yang agak besar lalu membuang pandangan matanya ke arah car wash lamanya yang menerajui ketinggian car wash-car wash lain
Car wash yang berdiri sebelum kelahirannya ,sebelum bapanya (Dani) sendiri muncul di bumi ini,membenihkan butir-butir kemegahan dalam sanubarinya .Rantai kereta yang memborgol jiwa anak Dani itu cair untuk seketika dalam senandung percikan air sabun yang membawa bisikan kereta itu ketika Hadi mula menyimbah sabun.Nikmat bau sabun membanjiri segenap ruang kereta .Harum kesegaran bau sabun terus menerpa di kereta lelaki tua itu.
Dari jauh Jo dapat melihat tubuh kereta lelaki tua itu yang berotot(American Muscle)kental memecut dari car wash Hadi itu yang terletak di pinggiran perkampungan Taman Orkid itu.Hadi kelihatan begitu asyik berbuat demikian,seperti seekor kera yang terbang bebas.Jo memerhatikan langkah,memerhati gelagat Hadi.
Patutkah aku mengganggu ketenteramannya?Merampas kebebesannya ?Memaksanya melakukan apa yang aku fikirkan agak betul ? Fikiran Jo mula bercambah umpama bijih asam yang berada di makmal sains yang di buatnya sebelum dating kemari.Ketidakpastian mula mengetuk pintu hatinya .Tidak!No!NO! Aku ‘musti’ melaksanakan tugas! Apa yang aku fikirkan betul,memanglah betul dan kebenaran itu perlu menjadi kenyataan “,bentak hati.
Kicauan bunyi kereta yang perbagai menusuk cuping telinganya.Keriuhan enjin kereta,kericauan siulan ekszos dan dengungan enjin dan depusan angin ekszos menghidupkan keretanya(memanglah hidup kan tengah start enjin,BODO betulah sapa yang tilis cite nie)Begitu mengasyikan (tuu)irama bunyi kereta yang merdu memukau dirinya yang berasal dari daerah Sungai Lalang.
“Oh bertapa nikmat suara enjin kereta yang menghadiahkan ketenteraman kepada insan!”getusnya perlahan.”Selamat datang Jo!”ucapn Hadi. Kalimat diselimuti perasaan ketidaksenangan yang timbul tenggelam.Senyumannya memaparkan barisan giginya yang terkeluardan kekuningan.
Jo tersentak dua puluh inci kecelah kankang.”Apa khabare?”tercetus suaranya “Baik,hang baik ka? “Tentu,kalau tidak takkan sampai ke mari.Hang dah agak terima pesanan dari Isral?” “Agak,(ya) tetapi tak sangka hang mai agak awal….,”ucapnya pada Jo.JO tersengih .Dia mengamati tubuh (adik) Hadi yang kelihatan agak segar dan cergas Dalam masa enam bulan saja banyak perubahan pada diri adik Hadi.”Own,Burn,Razif kirim salam.”Air mukanya ugah.Dia melarikan pandangannya daripada Jo tetapi Jo dapat mengesannya menggunakan pancaran infra-red.”Jemputlah datang ke rumah (car wash).Mak aku tentu syok jumpa dengan hang.”pelawa Hadi tapi tak IKHLAS,dia ingin berbicara lebih lanjut tentang kawan-kawannya itu.Jo mengikut Hadi dari belakang .Fikriannya(fikirannya) ligat memikirkan Hadi .Tentu Hadi tidak tahu misi (tuu) kedatangannya pada kali ini Tentu Hadi ingat dia datang kerana ingin membasuh giginnya yang kekuningan(sila rujuk artikel yang lepas)bersambung.........
nak tau cite selanjutnya? Agak kena tunggu minggu depan pa!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment