This is our secret basement located in Hokkaido

Thursday, August 20, 2009

Selamat Agak Menyambut Ramadhan Pa

Kami dan seluruh umat Suanlayer Gallery ingin mengucapkan "Selamat Agak Menyambut Ramadhan Al Murtabak ( AL Murbarak) kepada seluruh umat Islam yang berada di atas muka Bumi Allah nie .

Kami juga ingin menyeru kepada anda dan diqi kami jugak hendaknya supaya posa biaqlah agak penuh dan penuh dengan keikhlasan bukan kepaksaan . Bak kata Ustaz Ro kepada Waffie "ikhlas dak Waffie" . Waffie menjawab "ikhlas la Ustaz" .

Rasulullah pernah bersabda " Ramadhan itu bulan yang penuh dengan rahmat tuhan-Mu.Di buka pintu syuga,di tutup pintu neraka dan syaitan dibelenggu "Oleh itu , marilah kita meningkatkan ibadah kita sebanyak yang boleh di bulan yang penuh dengan rahmat nie . Amin pa......

Lambaian Car Wash Mitos atau Lagenda (Episod 5)

Suria pagi besinar megah membuka lembaran baru.Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus sabun pagi yang mula menghilang akibat kehadiran Jo .(apa kena mengena?)

Jo terasa begitu berat untuk meninggalkan kawasan lembah di pedalaman Taman Orkid itu yang agak mengasyikan itu.Apakah misinya menyakinkan Hadi gagal?.Terasa mahu sahaja menerajang hadi dan menibai adiknya berserta mak paknya sekali.

“Jo!Jo!”terdengar suara nyaring Hadi antara bunyi enjin kereta yang baru dihidupkan itu.

Kelihatan Hadi sedang menjinjing sebuah sabun lusuh yang berwarna kelabu.Pandangan dua pasang mata dari dua dunia yang berlainan bertemu (Sungai Lalang dan Taman Orkid) Kehampaan yang mengari jiwa Jo lenyap.

Kereta biru muda mula bergerak perlahan-lahan meninggal duniakan taman itu.Lambaian car wash Hadi mengikut keberangkatan mereka .Angin mula bertiup kuat membawa suara-suara dari car washnya.Haruman sabun berkerisikan dalam belaian angin sabun bergerak-gerak bagai merestui pemergian Hadi.

Kedua-dua orang insan yang mula berkejar ke daerah Sungai Layaq itu sempat merakamkan imej car wash usang yang menjadi saksi gelagat mereka dua ekor yang membuang masa di situ berada di lubuk ikan masing-masing.

Kini,Hadi sudah melupakan ‘kenangannya ‘ semasa berada di car wash miliknya.Hadi kini kembali ke sekolah dan mula ingin menjadi seekor yang agak berguna.Hadi kini sudah diangkat darjatnya menjadi pengawas tidak lama selepas itu.Dia juga sudah menjadi ‘pulun’ semasa bekerja sebagai pengawas dan menjadi anak kesayangan kepada seseorang.

Moral –Jangan biaqkan hidup anda diselimuti mitos dan lagenda . Harap mak hang maklum

Sunday, August 16, 2009

Keluarga Influenza A yang Baru

Nigeria,21 Syaaban - Baru-baru ini seluruh penduduk dunia digemparkan dengan wabak influenza A (H1N1) atau selesema Babi Q . Ramai di antara kita menjadi keserotan akibat daripada penularan wabak ini yang merebak melalui udara dan hubungan sesama jenis . Namun itu , wabak ini tidak merebak melalui MyRuang seperti mana influenza M .

Tiba-tiba seluruh umat manusia yang bertelur tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu berserah kafada tuhan apabila virus influenza A yang baru ini menyerang dalam kerancakan virus infiuenza A (H1N1) menyerang manusia . Virus ini menyerang semua manusia tanpa mengira saiz perut bahkan otai Sunlayer sendiri yakni YB turut dijangkiti virus terlaknat ini . Para saintist Sunlayer secara tidak sengaja menjumpai virus ini di makmal Kimia semasa sadang menjalankan uji kaji terhadap satu sampel burger yang di makan oleh Azib. Virus terlaknat ini dinamakan selesema anjing atau pada nama saintifiknya influenza A (DOG1).

Kesan yang agak ketara akibat daripada virus ini ialah seseorang yang terkena jangkitan ini tidak akan dapat mengawal mulut daripada melaporkan perkara yang tidak berasas dan tidak setia kawan . Mereka akan menjadi bangga dan banggang hasil daripada kerja terkutuk mereka ini. Kesan yang paling ketara hasil perbuatan virus ini ialah mereka sering menjadi hamba kepada otai anjing mereka hinggakan kes punggung besar turut dilaporkan (bangga diri).


Pesakit yang pertama dilaporkan telah dijangkiti virus ini pada masa dahulu dan kini diletakkan dalam pengawasan doktor ialah Apiq . Kesan yang agak negatif yang masih ada pada diri Apiq ialah dia telah menjadi seorang yang agak laluk ( khayal )

Kami sempat menemu bual mak dia untuk menanyakan keadaan Apiq . " Mak cik Apiq mana acik " . Mak dia "Apiq tak dak ". Wartawan "Dia pi mana cik". Mak dia " Apiq aa Apiq dok bawah jambatan" (tenagh lepas gian).

Harap mak hang maaf , kami tak sempat buat penutup. Buang masa, bukan hampa nak baca pong. Nak penutup buat niqiiiiiiiii

Sunday, August 2, 2009

Kini agak terdapat Myspace pa......

Satu berita buruk(maksudnya baik).

Pihak gallerysunlayer dengan segala riak takhbur dan bangganya telah menyertai laman sosial.....emmm apadia tau.......ha!!!!!!!!!! Myspace.

Oleh yg agak demikian,addlah kami.......
(sunlayergallery@yahoo.com)

HARAP MAK HANG MAKLUM!!

Terima Kasih

Untuk keterangan lanjut,addlah kami.