This is our secret basement located in Hokkaido

Thursday, August 20, 2009

Lambaian Car Wash Mitos atau Lagenda (Episod 5)

Suria pagi besinar megah membuka lembaran baru.Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus sabun pagi yang mula menghilang akibat kehadiran Jo .(apa kena mengena?)

Jo terasa begitu berat untuk meninggalkan kawasan lembah di pedalaman Taman Orkid itu yang agak mengasyikan itu.Apakah misinya menyakinkan Hadi gagal?.Terasa mahu sahaja menerajang hadi dan menibai adiknya berserta mak paknya sekali.

“Jo!Jo!”terdengar suara nyaring Hadi antara bunyi enjin kereta yang baru dihidupkan itu.

Kelihatan Hadi sedang menjinjing sebuah sabun lusuh yang berwarna kelabu.Pandangan dua pasang mata dari dua dunia yang berlainan bertemu (Sungai Lalang dan Taman Orkid) Kehampaan yang mengari jiwa Jo lenyap.

Kereta biru muda mula bergerak perlahan-lahan meninggal duniakan taman itu.Lambaian car wash Hadi mengikut keberangkatan mereka .Angin mula bertiup kuat membawa suara-suara dari car washnya.Haruman sabun berkerisikan dalam belaian angin sabun bergerak-gerak bagai merestui pemergian Hadi.

Kedua-dua orang insan yang mula berkejar ke daerah Sungai Layaq itu sempat merakamkan imej car wash usang yang menjadi saksi gelagat mereka dua ekor yang membuang masa di situ berada di lubuk ikan masing-masing.

Kini,Hadi sudah melupakan ‘kenangannya ‘ semasa berada di car wash miliknya.Hadi kini kembali ke sekolah dan mula ingin menjadi seekor yang agak berguna.Hadi kini sudah diangkat darjatnya menjadi pengawas tidak lama selepas itu.Dia juga sudah menjadi ‘pulun’ semasa bekerja sebagai pengawas dan menjadi anak kesayangan kepada seseorang.

Moral –Jangan biaqkan hidup anda diselimuti mitos dan lagenda . Harap mak hang maklum

No comments: