This is our secret basement located in Hokkaido

Sunday, December 27, 2009

Selamat Menyambut Hari Asyura

Kami pihak SunlayerGallery ingin melancap..sori-sori,silap2 berbanyak(masyaallah)mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI ASYURA kepada semua pembaca blog pa dan geng sunlayer

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura agak berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini agak disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.Dan tahun ini adalah yang paling istimewa kerana disambut 2 kali dalam setawun(tak caya pi belek kalender hampa)7 januari ngan 27 Disember

Antara peristiwa yang berkaitan dengan hari asyura ialah

* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan 'Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Adam a.s. dicipta.
* Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan Allah kerana melanggar larangan Allah.
* Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
* Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
* Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
* Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
* Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
* Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
* Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
* Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
* Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
* Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.

Dan yang PALING BESAR IALAH HARI KIAMAT BERLAKU pada HARI NIE(bukan hari nie tapi hari asyura )

perkara sunat yang disunatkan nabi pada hari nie ialah:-

# Melapangkan masa / belanja anak dan isteri

# Memuliakan fakir miskin

# Menahan marah


# Bercelak

# Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali

# Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

# Menjamu orang berbuka puasa

# Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala

(orang la nie pi buat buboq/bubur asyura tetapi sebenaqnya tak dak/tiada dalam sunnah nabi pun kerana ianya hanyalah adat semata-mata ADELI)

No comments: