Pada hari Isnin(hari kantoi) yg lalu, kesemua editor sunlayer telah menghadiri kelas tuisyen di pusat tuisyen CJ Star yang menawarkan yuran tuisyen paling minima iaitu 3 jam masa pembelajaran hanya akan dicaj RM5. Semasa perjalanan, satu peristiwa yg agak memalukan telah berlaku kerana salah sebuah RXZ Catalyzer yang ditunggang oleh salah seorang editor telah mengalami masalah klac dan terpaksa dibawa ke kedai Lee Motor yang cekik darah. Selapas kejadian itu, mereka menuruskan onvoi mereka ke pusat tuisyen cj star. Atas sebab masa yg tidak mrngizinkan, mereka terpaksa menghadkan jadual pembelajaran mereka iaitu dari 3 jam ke 2jam kerana khuatir tidak sempat menunaikan solat Zohor.
Setibanya mereka di sana, mereka terus membayar yuran dan duduk di tempat masing-masing untuk menjalankan kegiatan mereka. Antara kegiatan yang dapat dikenalpasti ialah :'bermain CS menggunakan aim-bot','kacau Pet(Azib) melalui Facebook dan erm... faham-faham la kan. Dalam kerancakan melakukan kegiatan mereka, salah sekoq editor sunlayer iaitu presiden fantastic 4 telah melawat ke PC 12(PC kantoi) yag diduduki oleh Euphoria(dagu rambutan). Euphoria telus menunjukkan videonya yang memaparkan aksinya menaiki kapal mengikuti misi bantuan ke gaza bersama dengan Cikgu Maria menaiki Kapal Rachel Corrie. Tanpa disedari, presiden fantastic 4 telah mula merakam aksi-aksi video yang terdapat di monitor berkenaan. Euphoria turut menyatakan bahawa ketika tentera laut Israel menyerang kapal Rachel Corrie, dia dan Cikgu Maria telah melakukan teknik ninja untuk melakukan penyamaran bagi mengelakkan mereka ditangkap oleh tentera laut Israel. Ternyata usaha mereka membuahkan hasil kerana pihak tentera hanya menangkap krew misi bantuan yang lain dan mereka terlepas daripada serbuan walaupun tentera laut Israel menggunakan khidmat unit anjing pengesan K-9 yang diketuai oleh Wak Dojo.
Pada keesokaan harinya,Euphoria menjadi spark seketika lantaran dia mengetahui bahawa video yang terpampar di monitornya dirakam oleh presiden fastantic 4. Presiden fantastik 4 dengan senang hatinya menyebarkan video rakaman berkenaan kepada geng-geng pelajar lelaki 501 dan 502 yang lain.Kejadian ini telah mewujudkan perasaan tidak puas hati Euphoria terhadap presiden fantastic 4. Presiden fantastic 4 turut mengugut Euphoria supaya memberikan S.O. kepadanya jika tidak mahu video ini diupload ke 'youtube'.TAMAT
No comments:
Post a Comment